China menyelar tindakan sekatan unilateral yang dilaksanakan ke atas Rusia.<br /><br />Ini kerana ia bakal menjejaskan pemulihan ekonomi dunia khususnya buat negara yang masih lagi berdepan kesukaran pulih pada ketika ini.<br /><br />Malah jurucakap Kementerian Luar China berkata penyelesaian konflik adalah dengan rundingan dan bukannya menjadikan keadaan semakin buruk melalui sekatan.
